Berkenaan Reformasi Institusi Perundangan
Pengembalian pilihanraya majlis tempatan
Memansuhkan sistem perlantikan dalam Senat
Penafian majoriti dua pertiga parti pemerintah di tahap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Berkenaan Reformasi Sistem Pilihanraya
Pemulihan sistem “satu orang satu undi” dalam persempadanan kawasan pilihan raya.
Memperluasan hak mengundi kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas;
Pengembalian kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya;
Mewujudkan budaya pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.
Berkenaan Pembangunan Negara
Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik.
Berkenaan Pembangunan Ekonomi
Penekanan yang cukup terhadap pangagihan keadilan
Membangkang kemusnahan alam sekitar;
Membangkang “Kapitalisme Parti”;
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar “merit dan keperluan”
Berkenaan Hak Pekerja
Pelaksanaan gaji minimum
Membangkang import tanpa had pekerja asing;
Mempertahankan hak-hak pekerja untuk berpersatuan;
Menggalakkan semangat perpaduan pekerja
Berkenaan Kebajikan Masyarakat
Pelaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar –dasar keselamatan sosial yang lain,
Melindungan warga tua, orang kurang upaya dan miskin daripada kemiskinan mutlak.
Berkenaan Pendidikan
Pelaksanaan sistem pendidikan yang lebih lancar
Pengiktirafan penuh hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda.
Membangkang Akta Pendidikan Negara 1996.
Berkenaan Hak Etnik dan Budaya
Demokrasi kebudayaan;
Kesaksamaan kaum;
Integrasi nasional melalui kesaksamaan, toleransi dan persefahaman.
Berkenaan Media Masa
Pembentukan media massa yang bebas, adil, dan bertanggungjawab
Menentang monopoli maklumat dan manipulasi berita;
Berkenaan Pertanian
Pembaharuan reformasi tanah yang bukan berasaskan kaum
Pengawalan sewa;
Pengembangan pinjaman pertanian;
Pengurangan cukai pertanian.
Berkenaan Alam Sekitar
Membangkang mana-mana dasar ekonomi yang memusnahkan alam sekitar;
Mempertahankan hak Orang Asli untuk membangunkan dan menikmati sumber semula jadi mereka;
Semua pembangunan utama melibatkan sumber-sumber semula jadi seperti pembinaan empangan raksasa mesti tertakluk kepada pemantauan dan penilaian yang ketat.
Berkenaan Hubungan Antarabangsa
Mempromosikan keamanan dan keadilan dunia;
Menyokong Gerakan Negara-negara berkecuali;
Menentang imperialisme dan perkauman;
Mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi.
No comments:
Post a Comment