KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Wanita Pusat PKR Rodziah Ismail
mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat PKR pada
memilihan PKR 2014 nanti. Jawatan berkenaan kini disandang Ahli Parlimen
Ampang Zuraidah Kamaruddin.
Katanya dalam satu kenyataan, pengumuman itu dibuat ekoran hasrat akar
umbi parti yang menggesa agar adanya suatu perubahan dalam sayap Wanita
"Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.
“Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil
menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat
dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan
dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam
pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan
perlembagaan parti,” kata Rodziah.
Beliau juga menyeru agak anggota
wanita yang berkebolehan untuk menawarkan diri untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.
wanita yang berkebolehan untuk menawarkan diri untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.
“Ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam
usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati,
bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkap,” katanya.
Pencalonan yang akan diadakan esok adalah untuk jawatan presiden,
timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat
(MPP).
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) serta hari pengundian akan bermula
pada 25 April hingga 11 Mei manakala tarikh pengumuman keputusan
pemilihan PKR Pusat dijangka pada 13 Mei.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment