Friday, 28 March 2014

Deklarasi Parti DAP


Deklarasi Setapak
Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang. Berkenaan polisi berkaitan budaya dan pendidikan, deklarasi menekankan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan mestilah dihormati; sementera menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, hak untuk menggunakan bahasa lain juga mestilah dipertahankan.
Deklarasi Setapak juga memperkukuhkan komitmen DAP untuk membina negara yang kreatif dan hidup berharmoni, yang membuka jalan ke arah integrasi nasional dan bukan kehancuran negara. (1967)
Kenyataan tentang demokrasi budaya
Kenyataan tentang demokrasi budaya bertujuan memupuk kepelbagaian budaya sebagai sumber kekuatan nasional dan asas kepada kebudayaan kolektif, bukan menjadi punca ketidakharmonian dan perpecahan.
Ia memperjuangkan kebebasan untuk bertukar-tukar dan membangunkan budaya yang pelbagai dalam masyarakat berbilang kaum kerana ini adalah jalan terbaik untuk mencapai integrasi nasional yang kukuh dan lestari.
Ia mendukung, antara lain:

  • Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Menghapuskan klasifikasi sekolah ‘kebangsaan’ dan ‘jenis kebangsaan’ dengan memberi layanan samarata kepada kesemua empat aliran pendidikan – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Bahasa Cina dan Tamil diterima sebagai medium pengajaran di samping peperiksaan di peringkat rendah dan menengah, di semua sekolah bermedium Cina dan Tamil.
  • Kemasukan ke universtiti mestilah ditentukan atas dasar merit kelayakan akademik asas, bagi memastikan standard kemasukan ke universiti dan peperiksaan universiti dikekalkan pada tahap tinggi. Kenyataan tentang demokrasi budaya mencerminkan nilai-nilai asas serta ide-ide demokrasi sosial dan kepelbagaian budaya. (1968)
Deklarasi Petaling
Deklarasi Petaling memperkukuh kenyataan bahawa DAP mahu mencapai tujuan membina negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi sosial melalui usaha yang aman, demokratik dan mengikut perlembagaan.
Deklarasi Petaling juga memperkuatkan seruan untuk menghapuskan sistem kuota, dan mendesak kerajaan untuk menangani secara serius masalah-masalah kemiskinan luar bandar, pemilikan tanah, latihan sumber manusia dan penyediaan infrastruktur asas demi membasmi polarisasi antara kelas.
Deklarasi Petaling memberi banyak cadangan tentang bagaiman membentuk kerajaan yang bersih, cekap dan peduli. Langkah-langkah tegas untuk membanteras rasuah dan untuk menggalakkan pendemokrasian masih dinilai sebagai prinsip asas perjuangan. (1981)
Deklarasi Tanjong
Pernyataan Misi parti, yang merangkum 25 tahun perjuangan parti dan menyediakan program tindakan pada masa akan datang.
Ia meningkatkan pemahaman parti terhadap konsep kebebasan dan demokrasi dalam era baru. Ia memperkukuh pendirian teori terhadap asas-asas yang membina parti serta prinsip-prinsip dan memperkuatkan dedikasi kepada parti terhadap:
  • pergerakan demokrasi sosial antarabangsa demi solidariti kemanusiaan;
  • melawan autokrasi, rasuah, eksploitasi dan penindasan;
  • berjuang ke arah kesamarataan etnik yang sebenar
Berpandukan nilai-nilai asas demokrasi sosial, Deklarasi Tanjung turut menggariskan pendirian parti tentang isu-isu berkaitan penswastaan, buruh, wanita, anak muda, alam sekitar, budaya, pendidikan, kemiskinan luar bandar dan hubungan antarabangsa. (1992)
Deklarasi Tanjong Wanita DAP
Bagi mempertingkat hak wanita Malaysia di setiap peringkat dan komuniti serta mempercepat proses pembebasan mereka daripada sikap pasif dan keterbelengguan, Wanita DAP menyatakan dedikasinya terhadap program-program berikut dalam tahun 1992:
  • Penentangan terhadap segala macam keganasan, diskriminasi dan eksploitasi terhadap wanita;
  • Mengiktiraf nilai saksama pekerja wanita dan berusaha ke arah perlindungan yang lebih baik terhadap hasil kerjanya.
  • Pindaan terhadap semua undang-undang berkait diskriminasi;
  • menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diketuai seorang menteri wanita;
  • mempertingkatkan sistem kesihatan dengan memberi penekanan terhadap keperluan wanita untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik;
  • memperkukuh pendirian tentang liberasi wanita sebagai bahagian organik daripada usaha ke arah hak asasi manusia dan demokrasi (1992)
Deklarasi DAPSY
Pemuda Sosialis DAP, DAPSY, bercita-cita untuk menyemai nilai-nilai berfikir secara kritis dan bebas, keberanian dan kesediaan untuk berkorban demi demokrasi, keadilan, keamanan dan kebebsan kepada sekalian anak muda Malaysia. Bagi tujuan ini, DAP akan bekerja dengan penuh dedikasi ke arah program berikut:
  • mengembalikan Perlembagaan Merdeka 1957
  • Hak sama rata dan peluang buat semua;
  • pembangunan sumber manusia yang positif;
  • hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi;
  • perlindungan alam sekitar dan hak pengguna;
  • mencapai sebuah negara Malaysian Malaysia yang mengamalkan demokrasi sosial;
  • menentang penindasan;
  • menentang rasuah dan menganjurkan perpaduan nasional melalui nilai-nilai moral, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban terhadap masyarakat. (1992)
Deklarasi Anti Rasuah DAPSY di Kulai
DAPSY menyeru supaya diisytiharkan perang terhadap rasuah, yang antara lain menuntut supaya:
  • semua anggota kerajaan bukan sahaja mesti melakukan pengisytiharan harta secara terbuka tetapi mesti dihalang melalui undang-undang daripada mengumpulkan kekayaan secara keterlaluan, melampaui kemampuan rasmi mereka.
  • jangan mencampur aduk politik dan bisnes, dan anggota kerajaan tidak dibenarkan terlibat dalam bisnes
  • Agensi pencegahan rasuah diberi kuasa penuh secara bebas dan mesti bertanggungjawab kepada penyeliaan dan soal jawab parlimen.
  • Semua aset mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah mesti dirampas oleh kerajaan. (1993)
Manifesto bersama Barisan Alternatif (BA Common Manifesto)
Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bergabung tenaga dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif.
DAP tidak berganjak daripada komitmen bahawa Malaysia harus kekal sebagai negara yang demokratik, sekular dan berbilang agama. Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang yang lain adalah berdasarkan manifesto bersama Barisan Alternatif, ‘Ke arah Malaysia yang lebih adil’ demi memecahkan hegemoni politik BN dan membinasakan rantaian penindasan yang mengekang hak dan kebebasan rakyat Malaysia serta merendahkan martabat keadilan, kebebasan, demokrasi dan urustadbir yang baik.
Namun amat malang sekali, berikutan beberapa perkembangan, terutamanya desakan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam – suatu ide yang dirasakan tidak cocok dengan kosmopolitanisme negara Malaysia yang dihargai DAP telah memecahkan batu asas kerjasama tersebut. Apabila objektif bersama pakatan Barisan Alternatif dicemari desakan satu parti komponen untuk mengubah keadaan sekular negara ini, DAP sudah tidak dapat lagi mempertahankan komitmennya di dalam BA.
DAP menarik diri daripada koalisi tersebut pada 2001.
Deklarasi Gelang Patah – Visi dan strategi memberdayakan kaum India
DAP menwarkan keadilan, keamanan dan kesamarataan buat semua.
DAP meletakkan aspirasi rakyat sebagai tumpuan polisi ekonomi dan sosial.
DAP menyedari 56 tahun pemerintahan BN telah menyebabkan perkongsian hasil negara yang tidak sekata, yang berkesudahan dengan kemiskinan di kalangan orang India dan kumpulan-kumpulan rentan yang lain. Kita akan pastikan kekayaan negara dikongsi secara adil dan berkesan. Keperluan kumpulan-kumpulan yang terpinggir akan diselesaikan oleh DAP.
Dasar-dasar DAP akan membantu komuniti yang terpinggit, terutamanya kaum India miskin dan kumpulan berpendapatan rendah.
Deklarasi Gelang Patah bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi daya dan kebolehan kepada komuniti India. DAP mengiktiraf sumbangan dan usaha masyarakat India dan mahu memperkukuhkan, melalui deklarasi Gelang Patah ini, bahawa di bawah kepimpinan DAP, akan wujud kemajuan dalam hak-hak sedia ada dan kualiti kehidupan.
Deklarasi Gelang Patah adalah janji DAP kepada masyarakat India di Malaysia:
  1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Rakyat;
  2. Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutamanya golongan pekerja ladang kaum India yang diusir;
  3. Untuk memastikan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan Sekolah Kebangsaan;
  4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir yang datang daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah;
  5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan kaum India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minima RM1,100;
  6. Untuk meningkatkan bilangan pekerja kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan dan perkhidmatan awam;
  7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil-kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan, serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;
  8. Untuk menyediakan skim mikrokredit dan lain-lain bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;
  9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan membasmi insiden kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;
  10. Untuk mewujudkan dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;
  11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;
  12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ibu tunggal dari segi ekonomi, termasuk skim pemilikan rumah;
  13. Untuk mewujudkan atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskin di sekolah asrama penuh;
  14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan menghapuskan diskriminasi.

No comments:

Post a Comment