Saturday, 19 April 2014

Kapten feri dan dua anak kapal ditangkap : April 19, 2014

Kapten feri dan dua anak kapal ditangkap


SEOUL: Polis Korea Selatan awal pagi tadi menangkap kapten serta dua anak kapal feri yang karam empat hari lalu.

Lee Joon Seok 68 tahun bakal berdepan lima tuduhan termasuk cuai ketika bertugas dan melanggar undang-undang maritim.


Siasatan mendapati kapten feri tidak mengemudikan kapal tersebut ketika ia karam dan membawa 475 penumpang.


Pendakwa raya pasukan penyiasat insiden itu mendedahkan semasa kejadian kapten ketiga mengemudikan feri tersebut.


Menurutnya, kapten feri tersebut tidak ada sama sekali di bilik kawalan.


Data daripada Kementerian Laut menunjukkan kapal tersebut membelok dengan tajam sebelum menghantar isyarat kecemasan.


Siasatan terhadap tragedi feri karam itu kini difokuskan terhadap mengapa ia tenggelam dengan begitu cepat dan sama ada terdapat keputusan pantas kapten untuk menyelamat dan memindah keluar penumpang.


Setakat ini 29 disahkan terkorban manakala anggota penyelamat masih bertungkus-lumus mencari dan menyelamat 270 lagi mangsa yang dilapor hilang .

Berita mula diterbitkan pada: April 19, 2014 10:37 (MYT)

"Tanpa Michael, saya akan mati", jenaka terakhir Karpal

Sangeet Kaur Deo (kiri) bersama ibu Gurmit Kaur dan Sangeeta Kaur Deo (kanan)

IPOH: Sehari sebelum kemalangan, mendiang Karpal Singh ada melawak bersama pekerja-pekerja di pejabatnya dan mengatakan “Tanpa Michael saya akan mati”.


Lalu Michael menjawab, “Tanpa boss (Karpal), saya juga akan mati”.


Perkara tersebut diceritakan oleh anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Sabtu.


Pada masa sama, Sangeet menyifatkan Michael merupakan pekerja yang sangat dedikasi, rajin serta amanah dalam menjalankan tugas beliau.


Menurut Sangeet, Michael telah berkhidmat dengan mendiang ayahnya hampir 9 tahun.


Selain Sangget, anak-anak mendiang yang lain, Ramkarpal Singh dan Man Karpal turut hadir ke Jabatan Forensik HRPB pada Sabtu bagi menguruskan mayat mendiang, Michael Cornelius Jayakrishnan untuk dihantar pulang ke Vellore, India.

Saturday, 5 April 2014

Sepakat tolak fitnah media asing











2014/04/05

Kuala Lumpur: Rakyat perlu bersatu menolak spekulasi buruk yang sengaja digembar-gemburkan media asing bagi memperlekehkan usaha Malaysia menangani tragedi MH370. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyelar sikap menuding jari media asing yang meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kerajaan. “Kita menggelarkan permainan ini sebagai blame-game. Ada media asing menuding jari memperbesarkan cara pengendalian insiden itu seolah-olah mereka sahaja yang betul. “Malah, tanpa rasa bersalah mereka menyenaraikan tujuh sebab utama kegagalan misi, walhal ia terlalu remeh berbanding komitmen pasukan mengendalikan misi pencarian,” katanya pada persidangan akhbar di Wisma BERNAMA, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Biro Integriti dan Ketelusan, Tan Sri Zaman Khan; Biro Wanita, Faridah Jabbar; dan Media dan Komunikasi, Zainor Sulaiman. Dr Hasan berkata, media asing tidak pernah menghulurkan simpati, sebaliknya berterusan menekan dan menghentam Malaysia dengan memanipulasikan laporan serta sumber berita yang sama

Jangan hukum rakyat dengan naik tarif air




PULAU PINANG 5 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa tidak menghukum rakyat negeri ini dengan cadangan menaikkan tarif air pada masa depan seperti diminta Perbadanan Bekalan Air Pulau
Pinang (PBAPP).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, alasan untuk mendidik pengguna di negeri ini supaya lebih berjimat cermat dalam menggunakan sumber tersebut dianggap sebagai satu alasan yang kurang
bijak dan langkah sukar diterima.
“Kerajaan negeri sepatutnya mencadangkan cara didikan yang lebih berkesan untuk jangka panjang seperti memperbanyakkan kempen kesedaran ataupun mencari kaedah bagaimana mengurangkan jumlah air tidak berhasil (NRW).
“Melalui pengurusan air yang cekap oleh pihak pengurusan, seharusnya masalah pembaziran air yang serius tidak akan timbul dan seterusnya mengelakkan cadangan menaikkan tarif air," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_31/Jangan-hukum-rakyat-dengan-naik-tarif-air#ixzz2y0P3826P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PM sampaikan penghargaan



HANOI 4 April - Malaysia hari ini secara rasmi menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan pihak berkuasa negara itu dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
Ucapan tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung semasa kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri Vietnam itu di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar bersama kedua-dua perdana menteri berkenaan selepas berakhirnya mesyuarat hubungan dua hala Malaysia-Vietnam di Pejabat Perdana Menteri Vietnam itu, Najib berkata:
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan dalam misi SAR (mencari dan menyelamat) pesawat MAS MH370 baru-baru ini."
Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini bermula semalam. Turut menyertai lawatan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Tan Dung melahirkan rasa simpati kerajaan dan rakyat Vietnam atas insiden kehilangan MH370 dan berharap usaha

Panglima TLDM selar pembangkang putar belit fakta


KUALA LUMPUR 4 April - Pembangkang berterusan memutar belit fakta mengenai keupayaan kapal selam jenis diesel elektrik negara apabila membuat perbandingan tidak adil dengan kemampuan kapal selam berkuasa nuklear milik Britain, HMS Tireless bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
Tanpa mengambil kira jurang keupayaan antara kapal selam jenis nuklear dan kapal selam diesel elektrik, pembangkang mempersoal mengapa kerajaan tidak mengerahkan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak menyertai operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi dengan mengemukakan fakta songsang serta tidak tepat.
Malah, ketika seluruh rakyat bersatu dan mendoakan keselamatan penumpang MH370, pembangkang pula bermain politik murahan menerusi laman sosial Facebook apabila bertindak memberi gambaran jahat kononnya kapal selam negara tidak boleh menyelam, menyebabkan kerajaan terpaksa meminta bantuan Britian untuk menghantar HMS Tireless.
Selain itu, pembangkang juga mengemukakan fakta songsang mengenai kos pembinaan sebuah HMS Tireless apabila mendakwa aset canggih itu cuma berharga 200 juta Euro berbanding kapal selam negara, sedangkan fakta sebenar ialah 200 juta Pound Sterling dan dibina pada 1981 (kos yang cukup tinggi untuk waktu itu)
Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, segala tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang menerusi laman sosial sehingga merendah-rendahkan keupayaan kapal selam serta kemampuan pertahanan negara adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Jelasnya, beliau tidak mengerti mengapa masih ramai rakyat Malaysia yang cuba mempertikai kemampuan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak walaupun keupayaan membunuh aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sudah dibuktikan beberapa kali dalam siri latihan sebelum ini.
"Keputusan untuk tidak menghantar kapal selam dibuat atas dasar profesional saya selaku Panglima Tentera Laut kerana keupayaan kapal selam untuk mencari dan menyelamat SAR terhad. Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (tunjuk kehadiran), sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif daripada segi kos.

Kenyataan Anwar di Daily Telegraph dibidas


KUALA LUMPUR 4 April - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan menyembunyikan fakta sebenar kehilangan pesawat MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar negara mengesan perubahan haluan pesawat itu dikecam pelbagai pihak. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Anwar itu meletakkan diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut ke tahap paling rendah. Katanya, walaupun pihak kerajaan bersama negara-negara lain bertungkus-lumus berusaha dalam misi pencarian pesawat tersebut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pula dilihat mengejar keuntungan politik. “Kenyataan Anwar jelas tidak berasas. Kita bukan berada dalam keadaan perang, sebaliknya, pesawat ini adalah sebuah pesawat awam yang meninggalkan ruang udara kita, bukan pesawat yang tidak dikenali menghampiri dari luar negara. “MH370 telah me­ngikuti laluan perdagangan biasa dan pesawat awam kerap menukar laluan. Ini adalah dakwaan yang tidak berasas oleh Anwar di peringkat antarabangsa yang benar-benar tidak kena dan tidak membantu usaha pencarian," kata beliau dalam akaun Twitter hari ini. Akhbar Daily Telegraph yang berpangkalan di United Kingdom (UK) hari ini menyiarkan kenyataan Anwar yang mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi untuk mengesan perubahan arah laluan pesawat MH370 dan menu­duh kerajaan me­nyembunyikan maklumat