Deklarasi Setapak
Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina
negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di
atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok
‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang. Berkenaan polisi
berkaitan budaya dan pendidikan, deklarasi menekankan bahawa semangat
Perlembagaan Persekutuan mestilah dihormati; sementera menerima Bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, hak untuk menggunakan bahasa lain
juga mestilah dipertahankan.
Deklarasi Setapak juga memperkukuhkan komitmen DAP untuk membina negara
yang kreatif dan hidup berharmoni, yang membuka jalan ke arah integrasi
nasional dan bukan kehancuran negara. (1967)
Kenyataan tentang demokrasi budaya
Kenyataan tentang demokrasi budaya bertujuan memupuk kepelbagaian budaya
sebagai sumber kekuatan nasional dan asas kepada kebudayaan kolektif,
bukan menjadi punca ketidakharmonian dan perpecahan.
Ia memperjuangkan kebebasan untuk bertukar-tukar dan membangunkan budaya
yang pelbagai dalam masyarakat berbilang kaum kerana ini adalah jalan
terbaik untuk mencapai integrasi nasional yang kukuh dan lestari.
Ia mendukung, antara lain:







