AIDCNews – 11/7/14 – Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia Profesor Dr Khalif Muammar A.Harris berkata beliau sedih melihat segelintir orang Islam turut serta bersama terlibat dalam perjuangan sekular dan liberal yang dimiliki oleh bukan Islam.
“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.
“Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan usaha mereka,” katanya dalam laman sosial Khalif hari ini.
Dr Khalif merujuk terhadap laporan The Malaysia Insider semalam bertajuk “New movement to ‘reclaim Malaysia’ launched.”
Laporan itu menyebut satu NGO baharu yang dinamakan ‘Negara-Ku’ singkatan kepada ‘Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia’ telah dilancarkan di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) semalam.
Gerakan itu dinaungi oleh Bekas Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said bertujuan untuk ‘memulih’ Malaysia kepada satu negara yang diimpikan mereka iaitu negara yang menolak semua jenis ketaksuban (agama) dan kebencian (kaum), serta melawan diskriminasi dan ketidakadilan.
Selain Ambiga dan Samad, Roketkini turut melaporkan Negara-Ku juga dipengerusi oleh seorang lagi bekas Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Setiausaha Agung IKRAM.
Menulas lanjut, Dr Khalif berkata slogan ‘keadilan’ dan ‘kebebasan’ yang diperjuangkan mereka itu bukan mengikut acuan Islam, sebaliknya ia berasaskan worldview Barat.
“Mereka tidak sedar bahawa konsep-konsep keadilan dan kebebasan yangg mereka perjuangkan bukan mengikut acuan Islam tetapi mengikut pandangan alam (worldview) Barat.
“Di sinilah pentingnya para aktivis Muslim menguasai worldview Islam kerana jika tidak amat mudah untuk mereka terkeliru, menyangka mereka melakukan kebaikan sedangkan hakikatnya mereka melakukan kerosakan,”katanya.
Sumber :Jul 11,2014 - by
No comments:
Post a Comment