Sunday, 1 June 2014

Asal Usul Bangsa Melayu

Pengenalan
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Asal Usul Bangsa Melayu

Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah sepert :

(a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu; 

(b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar); 

(c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. 

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia adapun menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal dari Yunnan

Asal-Usul Melayu

Kajian Srikandi menyentuh ttg penemuan semula “malay city states” yang berkaitan dgn jati diri, asal usul dan susur galor orang melayu. Misteri Raja Matahari (Maatheru) dan Benua Mu dari “kawasan yang sentiasa disinari cahaya matahari di sepanjang tahun” serta kaitannya dengan asal-usul raja-raja Mesir Kuno Horus aka Ra. Terkait juga dengan Raja Perahu dan Permaisuri HATInya dari Punt yang mempengaruhi gelaran raja-raja Mesir terkemudian kepada Paroah/Phrae aka Firaun. Punt merupakan Tanah Nenek Moyang para Firaun Mesir. Rahsia Raja Maatheru dari Benua Mu itu pula menjadi buruan kepada penganut Theosopy New Age Religion yang mencari-cari siapakah”master race” yang menurunkan Ilmu-ilmu Mistik Berkenaan Alam Semesta (manipulasi tenaga alam) kepada tamadun2 kuno di timur tengah.

Saturday, 24 May 2014

Kiambang Yang Bertaut



peribahasa lama ada mengatakan -bila biduk berlalu, maka kiambang bertaut
maknanya lebih kurang begini- bila masalah atau sengketa itu telah dapat diselesaikan maka pihak2 yang bertelagah dan terpisah2 sebelum ini bersatu semula menjadi satu kawanan yang kuat lagi saling teguh-meneguh & bahu-membahu bersama

kiambang amat sinonim dengan kehidupan orang melayu
sama ada ia hidup meliar di kawasan berair mahupun menjadi penghias taman2 buatan manusia di rumah2, pejabat2, sekolah ataupun dimana2 sahaja

sejak akhir2 ini hati bertambah resah-gelisah dengan pelbagai perkembangan 'cantik lagi menarik' berkenaan dengan segala dan semua isu yang berkaitan dengan orang2 melayu, agama  islam serta negara malaysia

'gossip2' politik yang saya dengar dipejabat pun nampak tidak enak didengar
tidak habis2 bangsa2 lain temasuk orang2 kita sendiri yang sering mempertikaikan itu-ini tentang kredibiliti serta maruah bangsa/agama/negara
ada2 saja yang tidak kena
naik malu dan segan pula dengan bos2 berbangsa lain itu

23 CIRI2 AJARAN SYIAH


1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mutaah
7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

Tuesday, 20 May 2014

Ahli arkeologi marin dakwa temui MH370

Ahli arkeologi marin dakwa temui MH370
Kuala Lumpur: Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.

Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas. 
Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam
Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sokong laporan bekas juruterbang AS

Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar. 
Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi.

Pakaian digunting sebaik keluar dari Kaabah

Berdepan dengan serangan hendap serta bom ketika solat berjemaah, bersenjata ketika bersolat dan berdakwah dalam situasi peperangan adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan pendakwah bebas, Dzulkarnain Hamzah, 50. 


Mengimbau kenangan ketika bertugas sebagai guru agama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang dihantar berkhidmat dengan Batalion Malaysia (Malbatt) 1 di Battambang, Kemboja selama setahun empat bulan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekitar 1990an, beliau berkata beramal dalam situasi perang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. 
“Saya sebagai tenaga pengajar bergilir-gilir ke penempatan tentera kita di Kemboja dan membantu dalam urusan keagamaan dan bertindak sebagai peniup semangat serta pembakar moral kerana cabaran di sana cukup besar,” katanya yang pernah berkhidmat dengan KAGAT selama 14 tahun. 


Cabaran moral, emosi 

Bukan itu saja, katanya, cabaran yang lebih besar apabila membabitkan moral dan emosi. Ini kerana aktiviti pelacuran boleh dilihat di mana-mana, termasuk berdekatan kawasan penempatan tentera. 

“Di sinilah, saya cuba membantu pasukan bersama dua lagi guru agama mengadakan kuliah Subuh, Zuhur, Asar dan Maghrib. Malam pula dihidupkan dengan solat malam sebagai bekalan kepada kekuatan dalaman tentera kita. Kita membantu memberikan semangat bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam lembah maksiat,” katanya. 

'Berpakaian tetapi telanjang'

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat. 

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut. 
Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31) 


Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim. 

Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga. 

Tak tutup kaki 

Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam. 
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat. 

Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin. 

Melayu, Islam dihina di Tanah Melayu!

azman.anuar@utusan.com.my

Sejak 'pengunduran' pemimpin Melayu yang berani dan disegani beberapa tahun lalu, semakin menjadi-jadi pula kalangan bukan Melayu tertentu menghina orang Melayu dan agama Islam.
Mereka lupa taraf kerakyatan yang diterima oleh datuk, nenek dan ibu bapa mereka 56 tahun lalu adalah atas dasar sikap tolak ansur orang Melayu yang tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia ini.

Sekarang, bila sudah kaya dan kuasai ekonomi serta pengaruh politik kian bertambah, itupun diberi oleh orang Melayu juga, sikap bukan Melayu semakin berani 'bermain dengan api'.

Orang bukan Melayu bukan sahaja dilihat tidak mahu memahami adat, bahasa dan budaya orang Melayu, tetapi mereka tanpa rasa takut cuba 'menjolok sarang tebuan.' Tidak tahulah bila agaknya 'tebuan' yang cuba mempertahankan sarangnya daripada diceroboh akan bertindak menyerang balik.

Setakat hari ini, kumpulan tebuan belum keluarkan sengat, mereka sekadar 'buat bising' dan acah-acah serang supaya penceroboh rasa gementar.

Itulah yang dibuat oleh orang Melayu yang masih bersabar yang entah peringkat apa darjah kesabarannya. Tapi kalau melampau, si tebuan tidak akan berdiam diri. Apatah lagi, jika sarangnya terus diceroboh dan dibakar semata-mata madunya hendak dibawa lari.