Monday, 19 May 2014

Solat Jumaat Pertama Di Dalam Islam



1. Imam Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang agung. Inilah hari yang Allah agungkan Islam di dalamnya, dan dikhususkan bagi kaum Muslim.” Terdapat hadis yang menyebut, “Sebaik-baiknya hari, adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaatlah Nabi Adam diciptakan; pada hari Jumaatlah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi; pada hari Jumaatlah Nabi Adam bertaubat atas kesalahannya; pada hari Jumaatlah Nabi Adam meninggal dunia; pada hari Jumaatlah terjadi kiamat.” Di sisi Allah, hari Jumaat adalah hari anugerah. Demikian para malaikat menamakannya di langit. Dan, hari Jumaat jugalah hari di mana makhluk dapat melihat Allah s.w.t. di syurga.

2. Adapun solat Jumaat yang pertama kali dilakukan Nabi s.a.w. bersama para sahabatnya adalah yang baginda lakukan di tempat Salim bin ‘Auf pada disebuah parit besar. Mereka menjadikan tempat itu sebagai masjid. Rasulullah s.a.w. berkhutbah di hadapan mereka dan mengerjakan solat bersama-sama mereka.

3. Di dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. disebutkan tatkala Rasulullah s.a.w. hijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, baginda berhenti di Kuba, suatu desa yang dinamai sesuai dengan nama kolam yang terdapat di desa itu, iaitu Kolam Kuba. Desa itu jaraknya agak jauh dari kota Madinah. Di desa tersebut terdapat sebuah masjid yang bernama Masjid at-Taqwa, yang merupakan kediaman ‘Amar bin ‘Auf, salah seorang dari kalangan Anshar. Rasulullah s.a.w. tinggal di rumah tersebut selama empat hari, di mana hari terakhirnya adalah hari khamis. Keesokkannya, hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bermaksud berangkat menuju Madinah, namun baginda terhalang oleh datangnya waktu zuhur. Ketika itu, baginda hendak keluar dari rumah Salim bin ‘Amar bin ‘Auf. Maka Rasulullah s.a.w. bersama orang-orang yang menyertainya pun mengerjakan solat Jumaat. Itulah solat Jumaat pertama di dalam Islam. Solat tersebut dilakukan di sebuah parit yang bernama Parit Ranuna.

*Sumber dari saudagarseposen.blogspot.com

6 Ketakutan Bagi Seseorang Yang Beriman - Saidina Uthman Affan



Kata Saidina Uthman Affan,ada 6 ketakutan bagi seseorang yang beriman ;

1) Takut dicabut iman. Tiada iman confirm akan dimasukkan ke neraka.

2) Takut dengan catatan malaikat Allah yang tidak pernah terlupa sesaat utk menulis segala kelakuan maksiat kita.

3) Takut dengan godaan syaitan yg sentiasa berusaha nak bawa org beriman ke neraka.

4) Takut datang malaikat maut kita dalam keadaan lalai dengan maksiat dan hanyut dengan pangkat dan kekayaan.

5) Takut cintakan dunia yang melampaui sehngga melupakan akhirat.

6) Takut dengan orang sekeliling seperti kaum keluarga atau sahabat handai yang akan melalaikan kita dari mengingati Allah

Seorang Pemuda Islam Telah Menggoncangkan Vatikan


295134 465038623529243 938085816 n Seorang Anak Miskin yang Mengguncang Vatikan

Pada suatu malam di musim panas tahun 1918 M di salah satu perkampungan miskin di Bandar Surat berhampiran sempadan barat India, lahirlah seorang bayi dari pasangan suami isteri muslim. Dia adalah anak pertama mereka ketika mereka sudah mencapai usia tua.

Kanak-kanak ini hidup sebagaimana kebanyakan kanak-kanak yang lain di perkampungan miskin tersebut. Tidak ada yang membezakan antara dirinya dengan yang lain dalam masalah pergantungan kepada kedua orang tuanya dan juga dari segi kecerdasan. Dia mempunyai wajah bulat dan tembam, kulit kehitam-hitaman, tingginya sedang dan penuh bersemangat. Dia selalu mengagumi dengan segala sesuatu dan tidak ada yang menghentikan sifat ingin tahu dalam diri dengan pelbagai persoalan di kepalanya.

Ketika usianya mencapai 9 tahun, bapanya mempunyai hasrat untuk berhijrah bekerja dengan anak bapa saudaranya dengan tujuan mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Terasa berat kehidupan di India kerana kepadatan jumlah penduduk yang tinggi dan faktor kekuasaan Inggeris pada masa itu. Oleh kerana itu dia memberitahu hasratnya itu kepada isterinya.

Kerana sangat menyayangi anaknya, dia ingin jika anaknya turut bersamanya dan berjanji kepada isterinya yang dia akan kembali semula selepas setahun. Isterinya merelakan pemergiannya dengan berat hati.

Akhirnya, ayah kanak-kanak tadi berhijrah dan menetap di Kota Dirban untuk beberapa ketika pada tahun 1927 M. Bandar tersebut adalah salah sebuah bandar di Afrika Selatan. Dia berada di bawah tanggungan anak bapa saudaranya dan anaknya pula bersekolahkan di sana. Masa terus berlalu, sudah lapan bulan mereka tinggal disana dan anaknya menunggu masa untuk mendapatkan kembali pelukan ibunya. Beberapa hari selepas itu mereka mendengar berita kematian ibunya. Dua beranak ini terpukul dengan berita kematian tesebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di Afrika Selatan buat selamanya.

Hikmah Obama singgah



Umar Hakim Mohd Tajuddin ISMA Activist
Umat Islam sentiasa diperingatkan untuk meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku pasti akan diiringi hikmah. Lawatan Presiden Barack Obama, pada hujung minggu lepas turut menyingkap pelbagai hikmah untuk kita sama-sama renungi. Meskipun manfaat khusus kepada negara mungkin hanya akan dilihat dan dirasai selepas beberapa tempoh, kita sebenarnya beruntung kerana terdapat hikmah segera yang terzahir kesan daripada lawatan bersejarah ini.
Dalam satu slot khusus, 10 wakil pertubuhan sivil telah diberi peluang untuk mengadu tentang ‘masalah’ yang dilalui mereka di Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat itu. Tidak sukar untuk menelah apakah yang telah dicurahkan kepada Obama jika dilihat daripada senarai pertubuhan dan individu yang ‘terpilih’ itu.
Dua pertubuhan liberal iaitu Islamic Renaissance Front (IRF) dan Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dikatakan mewakili kumpulan hak asasi manusia Hakam. Dua wakil Kristian telah diundang iaitu Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM). Ianya sesuatu yang ganjil apabila wakil rasmi daripada kumpulan agama lain tidak dijemput tetapi komuniti Kristian yang membentuk 9% segmen penduduk diwakili sehingga dua orang. Dua lagi pertubuhan lain yang hadir pada malam itu ialah Suhakam dan Majlis Peguam.
Jika diteliti, SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini. CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Honey Tan, ketua Comango, dalam pertemuan dengan Obama itu telah menimbulkan persoalan berikut. Adakah Comango kini mencari kekuatan baru dengan cuba melobi secara terus kuasa terbesar dunia itu untuk memberi tekanan ke atas kerajaan sendiri supaya menerima segala baki tuntutan yang gagal tempoh hari?
Kepada beberapa pertubuhan lain, ruang pertemuan dengan Obama ini semestinya bukan sekadar untuk berbasa-basi. Hakikatnya, hubungan erat mereka dengan agensi-agensi tajaan kerajaan AS sudah lama berakar umbi.
Bersih 2.0 misalnya mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.
IRF pula tersenarai di Malaysia sebagai antara penerima utama tajaan daripada National Endowment for Democracy (NED), pertubuhan yang didanai secara tidak langsung oleh Jabatan Negara AS dan berperanan untuk memupuk fahaman demokrasi yang menepati dasar AS. Dengan dana tersebut, IRF diharapkan untuk menganjurkan forum dan seminar bertemakan sekularisme, liberalisme dan pluralisme dengan unsur-unsur pseudo-Islam.
Tidak mustahil jika pertemuan dengan Obama ini dijadikan ruang untuk memberi ‘kad laporan’ secara terus tentang hasil projek yang digerakkan dan memberi gambaran tentang bentuk bantuan tambahan yang mungkin boleh disalurkan berdasarkan halangan-halangan yang mereka tempuhi di negara ini.

15 Ciri-Ciri Orang Syiah



Penganut Syiah  di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

32 rahsia penting Yahudi



1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

Bangsa yahudi pertama kafir kepada Nabi Muhammad


"Dan berimanlah kamu kepada apa yang Aku turunkan yang membenarkan apa yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kali kafir kepada-Nya dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga murah, dan hanya kepada Akulah hendaklah kamu bertaqwa, "( Al-Baqarah 41)

Dalam ayat ini Allah berbicara kepada Bangsa Yahudi, sebagai bangsa yang telah sering kedatangan Nabi. Bangsa ini menerima kitab-kitab suci dari langit tetapi merupakan bangsa yang paling benci kepada orang-orang mu'min. Bangsa Yahudi diajak untuk menjadi orang pertama untuk beriman kepada Nabi Muhammad supaya bangsa-bangsa lain bersedia mengikuti jejaknya.

Kepada bangsa Yahudi Allah berfirman supaya mereka beriman kepada Al-Quran sebagai pelaksanaan memenuhi janji kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa memenuhi janji kepada Allah dengan mengikuti arahan dengan beriman kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad adalah suatu tindakan yang penting dari yang lain. Sebab langkah seperti ini merupakan asas yang pokok dan tujuan utama. 

Al-Qur'an diturunkan untuk membenarkan keterangan-keterangan yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan Kitab-kitab para Nabi sebelumnya. Perintah-perintah yeng tersebut di dalamnya yakni berupa ajakan bertauhid, meninggalkan perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan dengan terang-terangan mahupun dengan tersembunyi, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah perbuatan kemungkaran dan sebagainya yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ini sama dengan ajaran Musa dan para Nabi sebelumnya, kerana semuanya itu tujuannya satu, iaitu menetapkan kebenaran dan memberi petunjuk kepada manusia serta menghapuskan kesesatan dalam aqidah.