Monday, 28 April 2014

Jejaka itu Aku..: “JELASKAN KONSEP MAZHAB DALAM PERUNDANGAN ISLAM SE...

Jejaka itu Aku..: “JELASKAN KONSEP MAZHAB DALAM PERUNDANGAN ISLAM SE...: 1.0 PENGENALAN Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya jika kita tinjau terlebih dahulu maksud per...

MASYARAKAT MAJMUK TERBENTUK SEJAK AWAL ABAD KE-19


Pengenalan

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum(masyarakat kolonial) di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat kolonial adalah masyarakat yang berbilang kaum yang duduk dalam satu lapisan masyarakat. Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL-

1.0 PENGENALAN


Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional, ia merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri.

Menurut Janes Low, pada 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, ianya terdiri daripada pertanian yang terdiri daripada negeri-negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Dalam bidang ke lautan atau perdagangan, ianya tidaklah penting berbanding pertanian.Namun begitu James Low tidak menyatakan negeri-negeri yang lebih menaruh minat terhadap perdagangan. Pada abad ke-19 kegiatan utama masyarakat Melayu adalah pertanian iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman, kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semulajadi. Manakala tanaman sawah atau bendang melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawsan tanah yang berdekatan.

Masyarakat Melayu Tradisional merupakan satu istilah. Pendefinisian ini haruslah merujuk kepada definisi siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya. Secara umumnya, Masyarakat Melayu Tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat-istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain, perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. Dengan ini unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Masyarakat Melayu Tradisional boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, iaitu pemerintah dan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar istana dan pembesar tempatan. Golongan rakyat pula terdiri daripada rakyat bebas dan golongan hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini). Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan sungai yang berakhir ke kaki bukit.

Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis pekerjaan penduduknya. Pada asalnya merupakan satu bentuk pekerjaan untuk keperluan asas seharian sahaja. Akhirnya pekerjaan asas ini menjadi pekerjaan utama yang berupaya mengeluarkan hasil keluaran tempatan. Pada umumnya penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi menghasilkan keperluan makanan sendiri. Jika ada lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran ataupun simpanan semasa kecemasan. Di samping itu dilakukan juga usaha-usaha mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut secara sambilan berselang seli dengan kerja utama pertanian. Bagi yang kerja utamanya ke laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh. Ataupun mereka akan pergi ke pulau-pulau yang mempunyai gua untuk mengeluarkan hasil sarang burung atau hasil lainnya seperti baja.

In Malaysia, a chance for Obama to eat ‘not so spicy’ local food _ THE WASHINGTON POST

BY JULIET EILPERIN
(Photo by Mark Wilson/Getty Images)
(Mark Wilson/Getty Images)
KUALA LUMPUR, Malaysia — President Obama had a chance to show off some of the Bahasa Malaysia he picked up while living in Indonesia as a child during a state dinner here Saturday night, while eating food that was designed not to shock his palate.
While Obama has made brief references to his history with the region since arriving in Japan on Wednesday, it is taking on a more central role now that he has made it to Southeast Asia. During the state dinner, hosted by King Abdul Halim Muadzam Shah at the Istana Negara palace, the president spoke of his mother's love of batik and uttered a few phrases in the local language.
During his remarks, Obama thanked Malaysians for hosting an exhibit two years ago featuring some of his late mother Stanley Ann Dunham's batik collection, noting that the fabrics reflected his mother's keen interest in other people.

Obama says ‘there’s more work to be done’ on human rights in Malaysia _ THE WASHINGTON POST

Ahmad Yusni/EPA - President Obama, left, and Malaysian Prime Minister Najib Razak during their joint press conference in Putrajaya, Malaysia, April 26, 2014.





KUALA LUMPUR, Malaysia — President Obama celebrated America’s closer ties with the Muslim-majority nation of Malaysia Sunday, even as he suggested “there’s more work to be done” here on the issue of human rights.
Obama’s visit — the first by a U.S. president since 1966 — offered Malaysia Prime Minister Najib Razak a chance to show off how much the nation has advanced since President Lyndon B. Johnson stopped here decades earlier. He noted during a joint news conference that at that time The Monkees topped the charts in the United States and “The Sound of Music” was winning Oscars.
Video
President Obama’s visit to Malaysia has included talk of sanctions against Russia and the United States’ commitment to helping with the search for Malaysia Airlines Flight 370.
President Obama’s visit to Malaysia has included talk of sanctions against Russia and the United States’ commitment to helping with the search for Malaysia Airlines Flight 370.





Nearly two-thirds of Malaysia’s citizens are ethnic Malays, while about 30 percent are Chinese and another 7 to 10 percent are Indian. Tensions between the country’s different ethnic and religious groups have increased recently for several reasons, including the fact that a 1996 fatwa forbidding the practice of Shia Islam is being invoked more often and a Malaysian appeals court ruling in October that a Roman Catholic Church newspaper could not use the Arabic word “Allah” to refer to God because that phrase was reserved for Muslims.

Sunday, 27 April 2014

"Bukan Anwar Sahaja Yang Saya Tidak Jumpa " - OBAMA



Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membincangkan mengenai usaha meningkatkan perkara berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Dalam sidang media bersama dengan Najib sempena lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, Obama berkata, tindakannya tidak menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermakna beliau tidak mengambil berat mengenai apa yang berlaku berkaitan isu hak asasi di negara ini.

Malah, katanya, Najib mengakui kerajaannya sedang berusaha meningkatkan hak kebebasan masyarakat dan perubahan politik di negara ini.

“Dalam mesyuarat saya di seluruh dunia, saya tidak sempat menemui semua pemimpin, termasuk dari pembangkang namun ia bukan tanda saya tidak mempedulikan mereka.

“Bukan Anwar saja yang saya tak jumpa, di Negara lain yang saya pergi pun ramai yang saya tak jumpa,” kata Obama.

Pada masa sama, Obama turut mengakui AS turut melakukan usaha yang sama dalam memberi lebih kebebasan kepada rakyatnya sama seperti dilakukan Malaysia.

Sementara itu Obama turut mempertahankan tindakan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, ketika pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari pesawat yang dipercayai berada di Lautan Hindi.

KUPASAN HUKUM HUDUD KELANTAN



Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara.  Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.


Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya.  Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk  Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.  


Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994


Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.