KUALA LUMPUR – Airbus dalam laman Twitternya mengesahkan syarikat itu sudah ‘dimaklumkan mengenai kejadian itu’ dan segala usaha sedang dilakukan untuk menilai situasi selepas AirAsia mengumumkan kehilangan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini. – Bernama